Tuesday, February 19, 2008

SPR - Kesahihan DATA Pengundi Berbeza















Melalui Semakan SPR, tertera Saluran 3















Semakan Melalui Bilik Gerakan PAS, Saluran "tiada"











Semakan Melalui Bilik Gerakan BN - Saluran 2

Malah terdapat banyak lagi ketidak-samaan data di antara ketiga-tiga tempat semakan tersebut di atas nama pengundi yang sama.

Apakah anda pernah membuat perbandingan terhadap semakan data pemilih. Baik anda sebagai ahli PAS atau ahli BN, anda pada kebiasaannya diberi satu slip semakan data pemilih sekiranya anda pernah membuat semakan data.

Contoh di atas merupakan satu benda yang agak musykil yang perlu dijawab oleh pihak yang berkenaan, samada dari PAS, Dari BN atau dari SPR sendiri. Data yang manakah dikira tepat, hamipr tepat atau palsu.

Sebagai pengundi, haruskah anda merasa curiga terhadap data2 yang anda perolihi. Kalau kurang percaya, silalah anda pergi ke pondok-pondok atau bilikan gerakan PAS, atau BN atau direct ke SPR online.

Banding-bandingkan data tersebut dan "tenang-tenang" lah apa yang meungkin berlaku pada hari pengundian ini 8/3 nanti.

Monday, February 18, 2008

Membaca Al-Quran

Bertepatan dengan semangat inginkan kemenangan untuk PAS khususnya dan BA amanya pada Pilihan Raya Umum ke-12 ini, kita semua disyorkon supaya memperbanyakkan membaca QURAN dan solah hajat.

Bagi yang berkesempatan bolehlah membaca QURAN secara 'asli' dengan memegang dan membuka/membelek lembaran/helaian Quran secara yang lazimnya. Namum sebahagian besar, kita meungkin tidak berkesempatan untuk melakukan semua itu secara berterusan disebabkan faktor atau suasana kerja yang tidak membenarkan kita memiliki Quran secara 'fizikal'.

Oleh yang demikian, di zaman yang serba IT ini, kaedah ini telah dipermudahkan lagi dengan ujudnya 'e-Quran' menggunakan teknologi 'flash'. Anda samada boleh klik DI SINI atau membuat 'book mark' URL http://www.quranflash.com/en/quranflash.html

Kewujudan Quran Flash ini amat menarik kerana ianya seolah-olah kita membelek helaian itu secara manual. Akan tetapi, itu bukanlah yang utamanya, namun sekurang-kurangnya ia mungkin membantu kita untukkedih terasa ingin melakukannya.

http://www.quranflash.com/en/quranflash.html - satu format mudah memiliki Al-Quran tanpa membelinya.

Wednesday, February 13, 2008

Harga Barangan Naik - Perkara Biasa?


Pilihan Raya Umum Ke-12, sudah diketahui umum dan pengumuman tarikh tersebut diharapkan tidaklah menjadi satu lagi gurauan, baik oleh Pak Lah dan juga Rashid (RA-****??!!). Bagi sebahagian besar rakyat Malaysia dua tarikh tersebut iaitu 24/2/2008 hari penamaan calon dan 8/3/2008 hari pembuangan undi merupakan satu tarikh yang amat dinanti-nantikan terutamanya di pehak Barisan Alternatif yang telah bersiap-sedia untuk "berperang".

Selepas ini akan bermulalah perang poster dan "banner" dari kedua-dua belah pihak. Yang jelasnya pihak Barisan Alterntif mempunyai mesej yang amat jelas untuk disampaikan kepada seluruh lapisan masyarakat walaupun mempunyai laluan media yang amat sempit. Pendekatan yang amat mudah difahami dan dihadamkan pada jiwa setiap rakyat. Menifesto PAS "NEGARA BERKEBAJIKAN" sememangnya satu anugerah Allah s.w.t kepada seluruh rakyat Malaysia, malah menjadi satu kewajipan kepada para pengundi demi untuk melakukan suatu perubahan kehidupan yang amat berbeza dari apa yang dirasakan sekarang ini.

Disebabkan pelbagai masalah yang dialami dan kesan yang direasai oleh sebahagian besar oleh penduduk Malaysia ini, maka bahang pilihan raya kali ini semesti amat dirasai oleh Barisan Nasional, malah lebih-lebih lagi dibawah tampuk pemeritahan Dinasti Dollah Badawi. Pelbagai konflik masyarakat yang diwarisi hasil dari pemerintahan Barisan Nasional yang terdahulu telah berjaya dianauti oleh Dollah Badawi sepenuhnya, malah lebih daripada itu Dollah Badawi telah berjaya menaikkan pelbagai "Indeks Negetif" yang diwariskan kepadanya.

Pilihan Raya Umum ke 12 ini, apakah yang bakal disajikan oleh Barisan Nasional kepada rakyat? Tiada yang tidak melainkan PASTI, sekiranya pengundi-pengundi tidak bijak untuk mengambil peluang pada PRU ini, bukan sahaja kemelesetan ekonomi akan singgah dengan lajunya di Malaysia ini, malah yang paling ketara sekali ialah KESAN inflasi tersebut yang secara langsungnya menyebabkan keseluruhan harga barangan akan melonjak naik secara mendadak.

Di dalam konteks ini, tidak perlu diadakan teori ekonomi dan tidak juga perlu analisa pakar ekonomi untuk menyokong dan memperkasakan hujah mudah ini. Tidak perlu ada kajian menyeluruh untuk mengorek rahsia kenaikan "indeks-indeks negatif" ini, hanya cukup sekadar melihat secara percuma apa yang dipertontonkan saban hari oleh media perdana kepunyaan kelompok Barisan Nasional. Media-media "Hairan" inlah juga yang saban hari melaporkan kerakusan hampir kesemua pimpinan Barisan Nasional. Beratus projek-projek MEGA yang tidak masuk akal, dengan memaparkan kos perbelanjaan yang amat tidak masuk akal dan pelbagai lagi kebejatan BN, malah kadang-kadang tidak wujud sebarang projek pun seperti mana yang ditimbulkan atau digembargemburkan. Malahan boleh dikatakan sebarang bentuk projek yang di"maju'kan akan dengan secara 'rasmi'nya mengalir masuk memenuhi saku-saku tertentu. Dan inilah sebahagian besarnya mengapa kos sesuatu projek itu melampaui kewarasan pemikiran sebenar manusia normal di Malaysia ini.

Sebagai contoh, laporan ringkas ini memaparkan bertapa harga barangan keperluan naik dengan begitu mendadak. Apakah dengan harga minyak mentah yang kadang-kala mencecah paras USD100.00 setong (kekadang melebihi USD100.00 setong), mampu mengekang kenaikan kadar inflasi sekiranya perbelanjaan boros masih berleluasa? Harus diingatkan, semasa kenaikan harga petrol tempatan sehinggan RM1.92 se liter, harga ninyak mentah ketika adalah dibawah USD80.00 setong. Tidak perlu diperjelaskan kepada semua yang Malaysia adalah negara pengekspot/pengeluar minyak. Ianya tidak membawa sebarang kesan sehinggalah Barisan Nasional (BN) ditumbangkan pada PRU 12 ini. Sekiranya ini terjadi, NEGARA BERKEBAJIKAN akan menghiasi kehidupan seluruh rakyat Malaysia setanding dengan negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Britain, Jerman dan beberapa negara yang lain.

Katakan Tak Ndak

Tuesday, February 12, 2008

Parlimen Telah Dibubar dan Kita Ditipu Lagi

Yes! Parlimen dah dibubarkan, tapi kita tetap ditipu lagi. Manakan tidak, selang hanya sehari saja dari apa yang diungkapkan dengan penafian yang besangatan (rujuk kepada blog versi Inggeris, tup-tup Parlimen telah dibubarkan.

Ini lah Pak Lah, seseorang yang pengecut dan penakut selalu berselindung disebalik mukanya yang "bersahaja", tanpa rasa segan dan rasa bersalah kepada sesiapa pun, hatta kepada Allah s.w.t. Maka tidak hairanlah pada Piliharaya Ke 12 ini, sebilangan besar rakyat akan ditipu "hidup-hidup" demi mempertahankan kebejatan apa yang telah dilakukan oleh Pak Lah dan barisan kepimpinan yang disusunnya.

Mungkin selepas daripada pembubaran Parlimen ini sehingga menjelang penamaan calon dan juga yang terakhirnya dengan tarikh pembuangan undi, Pak Lah masih tetap mempunyai bermacam-macam keputusan peribadinya yang akan di"hadiahkan" kepada rakyat, yang juga sebahagian dari kempen busuk pilihanraya Ke 12 ini.


Sejajar dengan slogan ini, kita sebagai parti yang berstatus pembangkang sehingga semalam, tetap tidak perlu merasa gusar, kerana, tektik-taktik tersebut sudah sebati dengan jiwa dan sanubari sebagai pejuang.

Tolak Pak Lah dan Tolak BN "Tak Ndak BN"

Sunday, February 10, 2008

FIKIR SEBELUM PANGKAH, FIKIRLAH UNTUK PERUBAHAN

1. Sebagai pengundi anda perlu fikir sebaik mungkin sebelum memangkah kerana anda juga mengundi untuk masa depan negara ini dan masa depan anak-anak anda. Aspek pertama yang anda perlu fikirkan adalah prestasi BN yang telah memerintah antara PRU 11 hingga ke PRU 12. Dalam tempoh satu penggal dibawah pemerintahan PM Abdullah Ahmad Badawi, apakah yang BN hadiahkan kepada rakyat? Adakah PM telah mungkir janji pada rakyat? Adakah Abdullah dan pemimpin-pemimpin parti BN telah berjaya memimpin negara dengan beramanah, adil dan bersih, dalam kefahaman yang mudah jadi contoh tauladan kepada rakyat. Bagaimana dengan Pelan Integrasi Nasional (PIN)?, adakah janji tinggal janji?.

2. Anda sebagai pengundi yang bijak perlu mengetahui apakah manifesto dan tawaran-tawaran parti-parti politik kepada rakyat sebelum memangkah. Adakah anda merasakan tawaran parti tertentu dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi majoriti rakyat ketika ini. Adakah anda yakin calon parti yang menang selepas PRU 12 ini akan menyuarakan kehendak rakyat ini, antaranya meringankan beban kos sara hidup rakyat berpunca dari kenaikan harga minyak dan kenaikan harga barangan. Adakah kenaikan kos sara hidup ini menghakis kemakmuran hidup rakyat dimana majoriti rakyat tidak lagi merasai kesenangan dan keselesaan hidup tetapi himpitan-himpitan yang timbul dari desakan-desakan keperluan hidup.

3. Anda jangan mudah terpedaya dengan projek dan ganjaran ketika hampir pilihanraya. Ianya lebih bermotifkan politik dan retorik bertujuan meredakan kemarahan rakyat terhadap BN. Projek sebegini adalah projek kempen pilihanraya bertujuan untuk memulihkan semula keyakinan rakyat mengundi calon mereka. Persoalannya mengapa wujudnya budaya projek-projek kecil ditangguhkan hingga PRU 12 atau tergesa-gesa dilaksanakan pada saat akhir sepertimana berlaku semasa PrK Ijok? Inikah caranya BN melayan masalah yang ditanggung rakyat seolah-olah rakyat perlu mengemis sehingga masuk kempen pilihanraya? Beginikah caranya kebajikan ala BN yang tidak prihatin malah tidak meletakkan keutamaan menyelesaikan masalah rakyat sebagai agenda utama sekadar tipudaya politik. Adakah anda melihat bahawa kebajikan ala BN bergantung kepada tahap reaksi rakyat terlebih dahulu iaitu sejauhmana isu atau sesuatu masalah itu menjejas kedudukan politik mereka.

4. Anda perlu mempersoalkan segala nikmat kurnia kekayaan sumber alam keatas negara ini. Adakah khazanah dan kekayaan hasil mahsul dari sumber alam ini diuruskan secara cekap dan berkesan sehinggalah nikmat itu dapat disalurkan kepada setiap rakyat diseluruh negara agar sama-sama menikmatinya tanpa mengira bangsa, atau ianya dibolot kroni parti politik tertentu. Perbuatan membolot ini telah menyempitkan nikmat kepada rakyat sehingga menyukarkan rakyat mengucapkan syukur keatas apa yang mereka dapat, bukan bersyukur diatas perbandingan dengan negara lain yang lebih daif.

5. Anda cubalah memahami bahawa situasi sekarang memerlukan rakyat sedar untuk membuat perubahan agar rakyat dapat keluar dari keadaan sekarang, atau terus berhadapan dengan tekanan hidup berpunca dari desakan-desakan keperluan. Adakah anda membiarkan nikmat kekayaan alam ini sebahagian besarnya dibolot atau dihadkan hanya berlegar dikalangan golongan kroni parti tertentu. Pembolotan kekayaan ini adalah faktor utama menyumbang perlebaran jurang antara golongan kaya dan miskin.

6. Anda perlu mengambilkira keadaan keselamatan rakyat yang semakin terancam. Adakah faktor keselamatan ini memberi petunjuk jelas bahawa situasi sekarang semakin tidak aman? Apakah ertinya selamat jika hati gelisah disebabkan kes-kes jenayah semakin meningkat di taman-taman dan kampung-kampung. Penjenayah terus bermaharajalela hingga terdapat kes melibat orang yang berprofail tinggi.

7. Anda wajar tahu bahawa prinsip demokrasi telah sewenang-wenang sahaja dicabuli dan hak-hak asasi rakyat dinafikan. BN sesukahati sahaja mengeluarkan peraturan, akta dan sebagainya yang mencabuli prinsip hidup berdemokrasi semata-mata pemimpin tidak mahu mendengar suara bantahan dan pandangan rakyat. Berbagai pihak telah dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa yang akhirnya menutup segala ruang untuk rakyat menyuarakan masalah dan ianya semakin mengheret negara ini kearah satu keadaan yang tidak stabil mengancam keamanan rakyat.

8. Anda juga perlu memikirkan masa depan pendidikan dan kesihatan anak dan keluarga dari aspek beban kos, kerana BN hendak berniaga dengan rakyat mencari keuntungan seperti pinjaman PTPTN, kos perubatan semakin mengangkasa. Adakah anda setuju dengan mengambilkira sumber alam yang kaya?

9. Andakah anda dapat merasai suatu keadaan yang tenat berlaku berpunca dari penyelewengan kuasa dan rasuah yang parah dan membarah?. Sebagai contoh, kes rasuah 'ikan besar' telah gagal diselesaikan, malah 'ikan bilis' menjadi fokus utama BPR?

10. Andakah anda mendapati tanggungjawab calon terhadap rakyat telah diabaikan sebelum ini. Jika diabaikan maka calon seperti ini wajar ditolak pada kali ini dalam pilihanraya umum ke 12 ini. 

FIKIR UNTUK PERUBAHAN, FIKIRKAN BA
SATU-SATUNYA PENYELESAIAN UNTUK ANDA

Saturday, February 9, 2008

PAS DI KELANTAN, SEMANGAT DI PUCHONG

Basgaimanakah perasaan anda bila melihat video ini?


Pantun Melayu Untuk SPR

Satu pantun nasihat melayu khusus untuk SPR.

Pantun Sedia ada:

Siakap Senohong Gelama Ikan Duri
Bercakap bohong lama-lama jadi pencuri.

Pantun Baru:

Siakap Senohong Gelama Ikan Selar
Bercakap Bohong lama-lama jadi SPR.

Dakwat kekal -SPR Beri Kuasa Pada BN Menipu

Puchong 9 Feb 2007, Janji SPR akan memperkenalkan penggunaan dakwat kekal pada jari pengundi hanyalah satu tipu helah belaka.

SPR cuba mempamirkan Telunjuk Lurus Kelingking Berkait didalam perlaksanaan itu.

Apabila SPR memperkenalkan penggunaan Dakwat Kekal dalam PRU 12 nanti yang kununya sebagai satu tanda mereka telus dan mendengar tuntutan rakyat.

Namun dalam waktu yang sama SPR memberikan kebenaran kepada mana-mana pengundi yang tidak mahu menggunakan dakwat kekal agar mengisi Borang 10A bagi membolehkan mereka layak mengundi.

Sudah pasti pengundi yang ditugaskan mengundi beberapa kali oleh UMNO/BN akan mengisi Borang 10A.

Manakala pengundi Jujor akan merelakan jari mereka bertanda sehingga 3-4 hari tanpa di boleh dipadamkan demi sokongan kepada satu sistem Pilihanraya yang adil dan bersih.

Namun SPR tetap membantu UMNO/BN untuk membolehkan pengundi MYCARD@Pengundihantu mengelak dari tertangkap dengan memberikan mereka kelonggaran dengan mengisi Borang 10A.

Berkecai dan musnahlah harapan rakyat yang ingin melihat ketelusan dalan sistem pilihanraya angkara SPR yang terang-terang menyediakan kemudahan untuk UMNO/BN menipu

PAS Puchong memandang serius permainan silap mata bodoh yang dipamerkan oleh SPR kerana apakah maknanya menggunakan peraturan sedangkan didalam waktu yang sama diberikan pilihan untuk mengenepikan peraturan.

Ini adalah satu peraturan yang tidak bertamaddun dan paling jahil di abad ini.

Apakah seorang banduan dibenarkan memilih untuk tidak di penjara dengan mengisi borang tertentu?

Nyatalah bahawa SPR tidak boleh berbuat apa-apa untuk menjanjikan satu Pilihanraya yang adil dan bersih.

Apakah SPR tidak menganggap pihak lain selain dari BN sebagai warga negara yang memunyai hak dan taraf yang sama.

Apakah SPR menganggap bahawa mereka yang bukan BN sebagai musoh negera atau melayan seperti penduduk tetap yang hanay ada hak untuk tinggal di negara ini tetapi tidak boleh melibatkan diri dalam politik?

Thursday, February 7, 2008

Menifesto PAS Untuk PRU-12

Berikut diperturunkan Menifesto Pilihanraya PAS untuk PRU-12 dalam 2 format yang mudah. Kalau dibaca kesemuanya, tidak terdapat yang sebarang kecacatan pada menifesto tersebut yang menjanjikan satu perubahan yang dinamik. Seperti menongkah arus jika dibandingkan dengan apa yang kerajaan BN hidangkan pada penduduk yang sudah sememangnya letih dengan pelbagai penipuan yang tak sudah-sudah.

MENGAPA

PAS

PERLU MENJADI

PARTI PILIHAN ANDA

DALAM PILIHAN RAYA UMUM

KE 12 INI?

SETELAH SATU PENGGAL
ABDULLAH AHMAD BADAWI
MEMERINTAH

APA YANG BN ‘HADIAHKAN’ KEPADA RAKYAT???

  • KOS SARA HIDUP MEMBEBANKAN RAKYAT!
  • KESELAMATAN RAKYAT SEMAKIN TERANCAM!
  • TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKYAT TERABAI!
  • JURANG KAYA-MISKIN SEMAKIN MELEBAR!
  • PENDIDIKAN DAN KESIHATAN DIJADIKAN PERNIAGAAN CARI UNTUNG!
  • PENYELEWENGAN KUASA DAN RASUAH PARAH DAN MEMBARAH !
  • KHAZANAH DAN KEKAYAAN NEGARA
  • DIBOLOT KRONI !
  • PRINSIP DEMOKRASI DICABULI DAN HAK-HAK ASASI RAKYAT DINAFIKAN !

JUSTERU,

PAS MENAWARKAN KEPADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA

BERSEMPENA DENGAN PILIHAN RAYA UMUM KE-12 INI ;

KERAJAAN BERAMANAH,

ADIL, BERSIH

DAN

NEGARA BERKEBAJIKAN


Matlamat PAS jika menang dalam Pilihanraya Umum ke-12
  • Membela Kebajikan rakyat serta kepentingan negara melalui pengurusan ekonomi yang bijak dan pembangunan seimbang, mesra-manusia dan mesra-alam.
  • Melindungi Keselamatan seluruh lapisan rakyat khususnya kaum wanita dan kanak-kanak, dari ancaman jenayah.
  • Mengembalikan amalan Demokrasi
    Tulen
    dan pilihanraya bebas, adil dan bersih.
  • Memulihkan maruah dan integriti negara dengan membenteras rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
  • Mempertahankan keluhuran dan kedaulatan undang-undang dengan mengembalikan integriti institusi kehakiman.
  • Menamatkan keangkuhan dan penguasaan kuasa mutlak Umno/BN.

BAGI MENJAYAKAN CITA-CITA INI, PAS MENAWARKAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA

SEBUAH MANIFESTO:

MENUJU

NEGARA BERKEBAJIKAN

1.Menurunkan harga bahan bakar (Petrol dan Diesel) dengan pendekatan ‘subsidi’ bagi menangani ‘inflasi’ harga barang keperluan dan seluruh kos perkhidmatan.

2. Merapatkan jurang agihan kekayaan antara kaya-miskin dalam kaum dan antara kaum dengan menekankan aspek pendidikan dan peningkatan sumber pendapatan.

3. Menghapus kira semua pinjaman tertunggak PTPTN

4.Mengembalikan pendidikan percuma di peringkat IPTA.

5. Mengembalikan semula pemberian biasiswa sebagaimana yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan.

6. Skim Pembiayaan Kesihatan Nasional (SPKN) setiap rakyat yang tidak mempunyai Skim Perlindungan Kesihatan daripada majikan masing-masing agar dapat menikmati perkhidmatan kesihatan yang berkualiti di semua hospital kerajaan atau pun swasta.

7. Melaksanakan Akta Gaji Minima berdasarkan permuafakatan di antara majikan dan kesatuan sekerja, sesuai jenis pekerjaan dan dengan keperluan tuntutan kualiti hidup yang munasabah serta bersejajaran dengan amalan negara Asean.

8. Perlepasan cukai untuk individu adalah sebanyak RM12,000 setahun

9. Memperkenalkan cut.i bersalin 90 hari dan cuti 0kebapaan 7 hari tanpa h1ad bilangan anak.

10. Elaun Khas buat ibu tunggal dan memperkenalkan Takaful Armalah

11. Memperkenalkan konsep bekerja dari rumah
untuk para wanita dengan memberikan pelepasan cukai kepada syarikat untuk perbelanjaan membeli peralatan pejabat dan komunikasi.

12. Untuk kesihatan dan kegiatan sukan, PAS akan mewujudkan Pusat Sukan dan Rekreasi Khusus untuk kaum wanita.

13. Waktu kerja Anjal akan terus diperkasakan bagi memenafaat serta tidak mengorbankan kepentingan institusi keluarga.


14.Mengenalkan Undang-undang bagi mengelakkan wanita dieksploitasi untuk kepentingan komersial.

15. Meningkatkan kualiti hidup nelayan pantai dengan menyediakan perumahan tersusun serta peluang baru pekerjaan di dalam kegiatan perikanan tajaan Kerajaan atau Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) agar pendapatan bulanan melebihi RM1200 sebulan.

BAGI MENUJU SEBUAH NEGARA BERKEBAJIKAN PAS MENAWARKAN;

Sebuah kerajaan

Adil, Bersih dan

Beramanah

16. Menegaskan penghayatan Islam sebagai Ad-Deen bagi ummat Islam di negara ini.

17.Memperkasakan amalan ‘Pemisahan Kuasa’ Legislatif, Kehakiman dan Eksekutif, supaya Demokrasi Berfungsi dan Berkesan serta tidak dicerobohi dan dipintas oleh pihak Eksekutif.

18. Menyegerakan kelulusan ’Rang Undang-Undang Hak Mendapatkan Maklumat’ bagi memperkasakan rakyat bermaklumat dan berpngetahuan.

19. Memperkasakan amalan ‘Pemisahan Kuasa’

20. Legislatif, Kehakiman dan Eksekutif, supaya Demokrasi Berfungsi dan Berkesan serta tidak dicerobohi dan dipintas oleh pihak Eksekutif.

21. Memperkukuh agensi-agensi (Watchdog) ’Pemantau’ seperti Badan Pencegah Rasuah (BPR), Ketua Audit Negara, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

23. Menjamin perlaksanaan peruntukan-peruntukan Islam sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan serta mengatasi konflik perundangan.

24. Meminda dan/atau menghapuskan Akta-Akta Zalim yang menyekat Hak dan Kebebasan Rakyat seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Rahsia Rasmi (OSA), Akta Hasutan, Akta Polis, Akta Percetakan dan Penerbitan, Akta Universiti dan Kolej Universiti.

25. Menjamin sistem Pilihanraya yang Bebas, Adil dan Bersih dengan reformasi sistem dan proses Pilihanraya secara menyeluruh seperti yang dituntut oleh Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH)

26. Meningkat amalan urus-tadbir kerajaan berpandukan amalan terbaik (Best Practice) di jabatan-jabatan awam, agensi-agensi serta syarikat yang berkaitan kerajaan serta mengamalkan tender terbuka khususnya dalam projek mega dengan penubuhan Badan Tender Bebas di bawah kuasa Parlimen.

27. Meletakkan PETRONAS di bawah seliaan Parlimen (dan bukan lagi di bawah Perdana Menteri) seperti trend terkini dibeberapa buah negara atas perkiraan ketelusan dan pertanggungjawaban.

28. Menumpukan kekayaan hasil minyak untuk pembangunan potensi insan serta penyelidikan dan pembangunan R&D termasuk sumber tenaga alternatif.

29. Menekankan pembangunan seimbang mengikut prioriti serta yang menjana pekerjaan dan faedah kesan berganda bagi memangkin pertumbuhan yang berterusan. (sustainable).

30. Menubuhkan segera dan memperkasakan Suruhanjaya Bebas Salah-Laku Polis dan Komplain –IPCMC serta menolak Rang Undang-undang Suruhanjaya Aduan Khas (SCC) yang membelakangi 125 cadangan-cadangan Suruhanjaya Pembaikan Polis.

31. Menjadikan PDRM sebuah Pasukan Keselamatan yang profesional, mesra-rakyat, bebas dari pengaruh politik serta meningkatkan kemampuan membenteras jenayah dan mengembalikan keselamatan kepada rakyat.

32. Menubuhkan Suruhanjaya Kehakiman di bawah Parlimen yang bertanggungjawab melantik Hakim-Hakim berdasarkan merit dan integriti serta menambahbaik pengurusan bagi meningkatkan kewibawaan institusi Kehakiman dengan menguatkuasakan etika kehakiman yang saksama.

33.Memastikan Masjid dimakmurkankan oleh masyarakat tempatan dan tempat-tempat ibadat tidak boleh dimusnahkan tanpa perundingan dan kelulusan masyarakat setempat.

34.Memperkasa perlaksanaan etika media massa di kalangan khalayak media, stake holder-pemilik media dan rakyat.

35. Mengarus-perdanakan konsep ketelusan media
amalan dan operasi media massa untuk meningkatkan kebijaksanaan rakyat bagi mengamalkan serta membudayakan politik-berteraskan-pengetahuan

36. Menjamin penubuhan sebuah Majlis Perundingan penganut agama-agama (selain Islam) oleh Kerajaan bagi mempastikan hak-hak setiap kelompok penganut agama untuk melaksanakan tuntutan upacara ibadat dan budaya masing-masing.

37. Merangka dasar perpaduan yang diperkukuhkan dengan sikap saling hormat- menghormati atas dasar saling mengetahui tuntutan agama terhadap penganut agama masing-masing.

38. Mencadangkan penubuhan satu Majlis Dailog ke arah memperkukuhkan permuafakatan dan perpaduan nasional merentasi semua kaum.

39. Melindungi ‘Pendemokrasian Pendidikan’ dengan kewujudan pilihan sekolah-sekolah termasuk pendidikan Islam (SAR), serta bahasa ibunda (Cina dan Tamil).

40. Mengembalikan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Ibunda masing-masing. Memberi sejumlah peruntukan kepada SAR dan sekolah swasta jenis Cina berdasarkan jumlah pelajar.

41. Menjana iklim akademik di ‘menara gading’ bagi menghasilkan ciri-ciri graduan: ‘berdaya saing’ dan berdikari -competitively enterprising’, ‘bermoral-bersahsiah mulia’- ‘morally- spiritually vibrant’ dan berintelek tinggi-‘intellectually superior’.

42. Memansuhkan beberapa peruntukan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang mengongkong hak dan kebebasan mahasiswa dan tenaga akademik.

43. Memastikan kakitangan kerajaan boleh mengikuti perkembangan politik termasuk menjadi ahli mana-mana parti politik pilihannya tanpa kongkongan selagi mana kualiti kerja tidak terjejas.

44. Menghapuskan sistem Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dan menggantikannya dengan suatu sistem baru yang dipersetujui bersama dengan Kesatuan Sekerja

45. Mewujudkan dasar pertanian sebagai industri yang menjamin Dasar Makanan yang memelihara ‘Kemerdekaan dan Keselamatan Negara’ supaya tidak terdedah dan terjejas kepada manipulasi kuasa dunia dan ‘kartel’ atau pakatan konglomerat besar tempatan dan antarabangsa.

46. Menghapuskan Akujanji di kalangan kakitangan kerajaan.

47. Menolak sebarang bentuk Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) yang mengancam pelbagai industri khususnya pertanian dan pelbagai aspek urus-tadbir pemerintahan dalam negara.

48. Meneliti kembali pemberian Permit Impot (AP) bagi barangan makanan (foodstuffs) utama seperti gandum, gula dan beras supaya tidak berlaku Monopoli dan Pakatan (Cartels) yang mencekik pengguna dengan pelbagai kaedah manipulasi seperti penyorokan, pengedaran, pengangkutan kepada peruncit.

49. Menghapuskan Tol dan kerajaan mengambil-alih lebuhraya-lebuhraya dengan pampasan yang menasabah bagi menjamin kebajikan rakyat dan kepentingan negara.

SAMPAI BILA MAHU BEGINI?

MASA UNTUK BERUBAH…

ANDA MAMPU MENGUBAHNYA!

TAMATKAN KEANGKUHAN KUASA MUTLAK UMNO/BN

X

Adalah menjadi kurang normal sekiranya masih ada lagi sesiapa yang masih mampu lagi menolak Menifesto PAS ni. Manakan tidak, perkara yang sememangnya di nanti-nantikan semenjak 50 tahun dahulu dan masih lagi dinafikan haknya oleh kerajaan yang tidak bertamadun ini pasti akan memberi kelegaan dan kepuasan bagi setiap gulongan masyarakat.

Ini bukanlah lagi gimik-gimik pilihanraya, malah ianya memang teramat sesuai disaji dan dinikmati oleh kesemua rakyat di saat kesemua barang dan perkhidmatan samada secara langsung dan tidak langsung mencatat kenaikan harga yang mendadak dari setahun kesetahun.

PAS Akan Lantik Orang Cina Jadi Menteri



Muda Mohd Noor | Feb 6, 08 5:45pm ( Malaysiakini )


PAS akan memastikan hak dan kebebasan orang bukan Islam dalam negara ini terjamin, malah kebajikan mereka akan lebih terbela, kata Pesiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata, sesiapapun tidak boleh menganggu kebebasan dan hak mereka dan kepakaran mereka akan digunakan untuk memajukan negara.

"Berdosa kepada orang Islam untuk berlaku tidak adil kepada semua orang, sama ada orang Islam atau pun bukan Islam.

"Orang Cina yang pandai dan layak boleh dilantik menjadi menteri. PAS akan memberi ruang yang lebih banyak kepada orang bukan Islam," katanya kepada Malaysiakini ketika ditemui di pejabatnya di ibu negara Isnin lalu.

ehubungan itu, bekas Menteri Besar Terengganu itu menggesa masyarakat Cina supaya tidak takut untuk mengundi PAS dalam pilihanraya umum akan datang.

Bagaimanapun, katanya, orang Cina yang boleh menerima pelbagai ajaran seperti sosialis dan komunisme tetapi masih was-was dengan politik Islam yang dibawa oleh PAS.

"Apa salahnya mereka menerima politik Islam, tanpa menganut Islam. Hukum hudud hanya untuk orang Islam, manakala orang bukan Islam mereka boleh memilih undang-undang sendiri.

"Lebih penting PAS tidak akan menghalang kemajuan sesuatu kaum dengan syarat mereka membantu kaum lain yang masih ketinggalan.

Bantu semua kaum

"Orang Islam yang kaya raya sekalipun bukan sahaja perlu membantu kaumnya tetapi semua rakyat yang miskin," katanya.

Abdul Hadi berkata, negara kebajikan yang mahu diamalkan oleh PAS boleh dilaksanakan jika amalan rasuah tidak wujud di dalam negara ini.

Katanya, PAS pernah mencuba semasa parti itu memerintah Terengganu di mana pembiayaan rakyat diperolehi daripada pelbagai sumber termasuk wang zakat.

Beliau berkata, tauke-tauke balak memberi sumbangan kepada kerajaan negeri kerana mereka gembira rasuah dalam pemberian kawasan balak telah dihapuskan.

Tauke balak, kata Abdul Hadi merasa gembira kerana sebelum itu mereka terpaksa membayar rasuah yang lebih banyak daripada cukai balak.

"Rawatan kesihatan percuma, pendidikan percuma dan sebagainya telah diamalkan di England," katanya sambil menambah, bukan orang tua yang tiada pendapatan, perlu dibantu.

Beliau berkata, konsep negara kebajikan PAS ialah mengenakan cukai untuk bidang tertentu seperti pembalakan dan perniagaan besar supaya cukainya boleh digunakan untuk membantu rakyat.

Katanya, peniaga kecil tidak dikenakan cukai sebagaimana yang dibuat oleh kerajaan PAS Terengganu iaitu menghapuskan cukai bakul.

MENGENALI BORANG-BORANG SPR


Borang A:

Borang Sumpah Kerahsiaan. Borang ini perlu diisi dihadapan Pesuruhjaya Sumpah oleh semua petugas PACA dan diserahkan kepada Ketua Tempat Mengundi di saluran undi yang ditugaskan sebelum pukul 7.30 pagi. Petugas PACA yang tidak menyerahkan borang ini tidak dibenarkan memasuki bilik mengundi.

Borang B:

Borang Penyata berkenaan perbelanjaan pilihanraya oleh calon dan ejen calon. Penyata ini perlu diserahkan kepada SPR selepas pilihanraya bagi mendapatkan semula deposit.

Borang C:

Borang Akuan Sumpah berkenaan pernyata perbelanjaan pilihanraya oleh calon.

Borang D:

Borang Akuan Sumpah berkenaan pernyata perbelanjaan pilihanraya oleh ejencalon.

Borang 1 :

Borang 1 SPR adalah Writ Pilihanraya kecil di mana SPR mengarahkan Pegawai Pengurus Pilihanraya di bahagian pilihanraya yang terlibat untuk mengadakan pilihanraya. Di dalam borang ini, SPR mestilah menyatakan bahagian pilihanraya (Parlimen atau DUN) yang kosong utk terlibat dengan pilihanraya, tarikh penamaan calon dan tarikh hari mengundi.

Borang 2:

Borang 2 SPR adalah Notis Pilihanraya Umum setelah Dewan (Parlimen atau DUN) dibubarkan. Notis ini dikelarkan oleh SPR kepada Pengurus Bahagian Pilihanraya Parlimen/DUN. Ia mesti menyatakan dewan perundangan yang dibubarkan, tarikh pembubaran dewan, tarikh penamaan calon dan tarikh hari mengundi. Borang ini ditandatangani oleh Setiausaha Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia .

Borang 3:

Borang 3 SPR adalah Notis kepada orang awam bagi memilih seorang wakil Parlimen/DUN melalui pilihanraya. Notis ini ditampalkan ditempat awam. Ia juga mesti menyatakan tarikh penamaan calon dan hari pengundian disamping syarat-syarat yang perlukan untuk proses penamaan calon.

Borang 4:

Borang penamaan calon untuk di isi oleh calon Parlimen. Ia mestilah mempunyai butir serta tandatangan calon, pencadang dan penyokong. Ia juga perlu menyatakan bahagian pilihanraya yang calon terlibat untuk bertanding. Pencadang dan penyokong mestilah dari kalangan pengundi yang berdaftar di dalam bahagian pilihanraya Parlimen terbabit.

Borang 4A:

Borang penamaan calon untuk diisi oleh calon DUN. . Ia mestilah mempunyai butir serta tandatangan calon, pencadang dan penyokong. Ia juga perlu menyatakan bahagian pilihanraya yang calon terlibat untuk bertanding. Pencadang dan penyokong mestilah dari kalangan pengundi yang berdaftar di dalam bahagian pilihanraya DUN terbabit. Alamat calon DUN mestilah berada di dalam negeri yang ditandingi, tetapi tidak semestinya di dalam DUN yang ditandingi.

Borang 5.

Borang Akuan Berkanun (Surat Sumpah) untuk calon Parlimen. Borang ini mestilah ditandatangani di hadapan Hakim/Pesuruhjaya Sumpah dan disertakan semasa menyerahkan borang penamaan calon.

Borang 5A

Borang Akuan Berkanun (Surat Sumpah) untuk calon DUN. Borang ini mestilah ditandatangani di hadapan Hakim/Pesuruhjaya Sumpah dan disertakan semasa menyerahkan borang penamaan calon.

Borang 6

Borang untuk menarik diri bagi calon Parlimen.

Borang 6A

Borang untuk menarik diri bagi calon DUN.

Borang 8

Notis Pengundian oleh SPR (sekiranya ada pertandingan) . Ia akan menyatakan calon-calon yang diterima penamaan calon untuk bertanding.

Borang 9

Bentuk muka depan Kertas Undi untuk bahagian pilihanraya yang terlibat.

Borang 10

Borang Akuan Mengenai Identiti. Borang ini mestilah diisi oleh mereka yang mahu menemani pengundi kurang upaya yang mahu mendapatkan bantuan semasa mengundi. Hanya mereka yang ada talian kekeluargaan sahaja yang dibenarkan memberi bantuan kepada pengundi kurang upaya. Bagaimanapun Ketua Tempat Mengundi dibenarkan membantu pengundi kurang upaya yang tidak mempunyai pembantu dengan menyebut perkataan dengan kuat yang boleh didengari oleh PACA. PACA mestilah memastikan peraturan ini berkuatkuasa semasa proses pengundian.

Borang 11.

Borang Akuan yang perlu diisi oleh pengundi yang diragui identitinya oleh ketua tempat mengundi atau PACA walaupun namanya ada tertera dalam daftar pemilih. PACA boleh memanfaatkan borang ini semaksima mungkin bagi “discourage” pengundi yang diragui.

Borang 12A

Borang 12A adalah notis SPR bagi proses pengiraan undi yang dilakukan di tempat mengundi. Notis ini memberi kuasa kepada Ketua Tempat Mengundi untuk menjalan kiraan kertas undi di tempat mengundi.

Borang 13

Borang ini adalah borang Penyata Kertas Undi. Ia akan menyatakan jumlah kertas undi (beserta no siri) yang diterima oleh Pegawai Pengurus dari SPR, bilangan kertas undi yang telah dikeluarkan oleh kepada pengundi (beserta no siri), bilangan kertas undi yang rosak (tidak dapat diberikan kpd pengundi), dan kertas undi yang tidak digunakan. Ejen calon perlu memastikan jumlah-jumlah ini dalam keadaan yang betul dan munasabah sebelum meletakkan tandatangannya di atas borang ini.

Borang 14

Borang Penyata Pengundian selepas kiraan undi. Borang ini menyatakan keputusan undi yang diperolehi oleh setiap calon dan undi rosak mengikut saluran. Ejen mengira undi (PACA) boleh meminta kiraan semula dibuat di sini sebelum keputusan rasmi dibuat melalui Borang 14. Ejen calon (PACA) juga mestilah mendapatkan salinan borang 14 yang telah ditandatangani oleh Ketua Tempat Mengundi sebelum keluar dari bilik mengundi dan menyerahkan borang 14 ini kepada petugas Bilik Gerakan.

Borang 15

Borang Penyata Pengundian selepas pengiraan Undi Pos. Sama seperti Borang 14, ejen calon bagi pengiraan undi Pos juga hendaklah mendapatkan salinan borang ini dan diserahkan kepada Bilik Gerakan.

Borang 16

Borang Penyata Pengundian selepas keputusan penjumlahan rasmi dibuat di pusat penjumlahan undi. Keputusan ini menentukan kalah menang seseorang calon bagi bahagian pilihanraya yang ditandinginya.

Wednesday, February 6, 2008

Gambar Siapakah Ini?


Berikut saya tersermapak dengan satu set gambar yang pada hemat saya, saya mengenali siapakah tuan punya gambar yang dimaksudkan oleh pengirim (dirahsiakan, walaupun mungkin ramai yang dah ada koleksi gambar ini). Namun saya percaya juga ramai yang masih mencari-cari gambar ini.

Gambar 1

Gambar 2

Ini merupakan gambar menteri Pendidikan Malaysia sekarang ini. Kalu nak jelas lagi, ini gambar menteri yang sebelum ini telah "memansuhkan" yuran sekolah dan ternyata, kenyataan itu adalah merupakan satu pembohongan sahaja. Walaupu gambar ini diambil beberapa tahun yang lalu, namun hakikatnya beliau telah ternoda dengan dosa-dosa tersebut. Wajarkah rakyat bangga dengan kelakuan atau perangai menteri yang seperti itu.


Gambar 3 & 4
Untuk menerangkan lagi, sekiranya gambar di atas adalah tidak jelas, berikut dipaparkan beberapa keping lagi untuk membantu mensahihkan bahawa itu adalah gambar anak kepada Allahyarham Tun Hussien Onn, namanya Hishamudin.




















Cuba rujuk gambar dibawah ini lagi.
Dan berikut ini, gambar siapa puak nih? Dan yang ini adalah gambar siapa? Isteri beliau? nada lebih mengetahui.

PENGENALAN

ASsalamualaikum sahabat-sahabat sekelian.

Ini hanyalah sekadar impian yang mungkin sukar untuk dilaksanakan. Walau bagaimanapun, diharap semua mereka-mereka yang peka soal keadilan mengambil kesempatan untuk memberi apa juga sumbangan unutk dikongsikan bersama demi untuk memartabatkan keadilan untuk semua penduduk sekurang-kurangnya di DUN N29 Sri Serdang.

Kita sama-sama jadikan wadah ini untuk berkongsi apa saja maklumat. Bagi sesiapa yang tidak berpeluang untuk menghantar maklumat secara langsung, komen-komen anda juga diperlukan untuk setiap isu yang diutarakan.

Sekadar pengenalan sahaja.

Wassalam

Admin 10