Tuesday, February 19, 2008

SPR - Kesahihan DATA Pengundi Berbeza















Melalui Semakan SPR, tertera Saluran 3















Semakan Melalui Bilik Gerakan PAS, Saluran "tiada"











Semakan Melalui Bilik Gerakan BN - Saluran 2

Malah terdapat banyak lagi ketidak-samaan data di antara ketiga-tiga tempat semakan tersebut di atas nama pengundi yang sama.

Apakah anda pernah membuat perbandingan terhadap semakan data pemilih. Baik anda sebagai ahli PAS atau ahli BN, anda pada kebiasaannya diberi satu slip semakan data pemilih sekiranya anda pernah membuat semakan data.

Contoh di atas merupakan satu benda yang agak musykil yang perlu dijawab oleh pihak yang berkenaan, samada dari PAS, Dari BN atau dari SPR sendiri. Data yang manakah dikira tepat, hamipr tepat atau palsu.

Sebagai pengundi, haruskah anda merasa curiga terhadap data2 yang anda perolihi. Kalau kurang percaya, silalah anda pergi ke pondok-pondok atau bilikan gerakan PAS, atau BN atau direct ke SPR online.

Banding-bandingkan data tersebut dan "tenang-tenang" lah apa yang meungkin berlaku pada hari pengundian ini 8/3 nanti.

Monday, February 18, 2008

Membaca Al-Quran

Bertepatan dengan semangat inginkan kemenangan untuk PAS khususnya dan BA amanya pada Pilihan Raya Umum ke-12 ini, kita semua disyorkon supaya memperbanyakkan membaca QURAN dan solah hajat.

Bagi yang berkesempatan bolehlah membaca QURAN secara 'asli' dengan memegang dan membuka/membelek lembaran/helaian Quran secara yang lazimnya. Namum sebahagian besar, kita meungkin tidak berkesempatan untuk melakukan semua itu secara berterusan disebabkan faktor atau suasana kerja yang tidak membenarkan kita memiliki Quran secara 'fizikal'.

Oleh yang demikian, di zaman yang serba IT ini, kaedah ini telah dipermudahkan lagi dengan ujudnya 'e-Quran' menggunakan teknologi 'flash'. Anda samada boleh klik DI SINI atau membuat 'book mark' URL http://www.quranflash.com/en/quranflash.html

Kewujudan Quran Flash ini amat menarik kerana ianya seolah-olah kita membelek helaian itu secara manual. Akan tetapi, itu bukanlah yang utamanya, namun sekurang-kurangnya ia mungkin membantu kita untukkedih terasa ingin melakukannya.

http://www.quranflash.com/en/quranflash.html - satu format mudah memiliki Al-Quran tanpa membelinya.

Wednesday, February 13, 2008

Harga Barangan Naik - Perkara Biasa?


Pilihan Raya Umum Ke-12, sudah diketahui umum dan pengumuman tarikh tersebut diharapkan tidaklah menjadi satu lagi gurauan, baik oleh Pak Lah dan juga Rashid (RA-****??!!). Bagi sebahagian besar rakyat Malaysia dua tarikh tersebut iaitu 24/2/2008 hari penamaan calon dan 8/3/2008 hari pembuangan undi merupakan satu tarikh yang amat dinanti-nantikan terutamanya di pehak Barisan Alternatif yang telah bersiap-sedia untuk "berperang".

Selepas ini akan bermulalah perang poster dan "banner" dari kedua-dua belah pihak. Yang jelasnya pihak Barisan Alterntif mempunyai mesej yang amat jelas untuk disampaikan kepada seluruh lapisan masyarakat walaupun mempunyai laluan media yang amat sempit. Pendekatan yang amat mudah difahami dan dihadamkan pada jiwa setiap rakyat. Menifesto PAS "NEGARA BERKEBAJIKAN" sememangnya satu anugerah Allah s.w.t kepada seluruh rakyat Malaysia, malah menjadi satu kewajipan kepada para pengundi demi untuk melakukan suatu perubahan kehidupan yang amat berbeza dari apa yang dirasakan sekarang ini.

Disebabkan pelbagai masalah yang dialami dan kesan yang direasai oleh sebahagian besar oleh penduduk Malaysia ini, maka bahang pilihan raya kali ini semesti amat dirasai oleh Barisan Nasional, malah lebih-lebih lagi dibawah tampuk pemeritahan Dinasti Dollah Badawi. Pelbagai konflik masyarakat yang diwarisi hasil dari pemerintahan Barisan Nasional yang terdahulu telah berjaya dianauti oleh Dollah Badawi sepenuhnya, malah lebih daripada itu Dollah Badawi telah berjaya menaikkan pelbagai "Indeks Negetif" yang diwariskan kepadanya.

Pilihan Raya Umum ke 12 ini, apakah yang bakal disajikan oleh Barisan Nasional kepada rakyat? Tiada yang tidak melainkan PASTI, sekiranya pengundi-pengundi tidak bijak untuk mengambil peluang pada PRU ini, bukan sahaja kemelesetan ekonomi akan singgah dengan lajunya di Malaysia ini, malah yang paling ketara sekali ialah KESAN inflasi tersebut yang secara langsungnya menyebabkan keseluruhan harga barangan akan melonjak naik secara mendadak.

Di dalam konteks ini, tidak perlu diadakan teori ekonomi dan tidak juga perlu analisa pakar ekonomi untuk menyokong dan memperkasakan hujah mudah ini. Tidak perlu ada kajian menyeluruh untuk mengorek rahsia kenaikan "indeks-indeks negatif" ini, hanya cukup sekadar melihat secara percuma apa yang dipertontonkan saban hari oleh media perdana kepunyaan kelompok Barisan Nasional. Media-media "Hairan" inlah juga yang saban hari melaporkan kerakusan hampir kesemua pimpinan Barisan Nasional. Beratus projek-projek MEGA yang tidak masuk akal, dengan memaparkan kos perbelanjaan yang amat tidak masuk akal dan pelbagai lagi kebejatan BN, malah kadang-kadang tidak wujud sebarang projek pun seperti mana yang ditimbulkan atau digembargemburkan. Malahan boleh dikatakan sebarang bentuk projek yang di"maju'kan akan dengan secara 'rasmi'nya mengalir masuk memenuhi saku-saku tertentu. Dan inilah sebahagian besarnya mengapa kos sesuatu projek itu melampaui kewarasan pemikiran sebenar manusia normal di Malaysia ini.

Sebagai contoh, laporan ringkas ini memaparkan bertapa harga barangan keperluan naik dengan begitu mendadak. Apakah dengan harga minyak mentah yang kadang-kala mencecah paras USD100.00 setong (kekadang melebihi USD100.00 setong), mampu mengekang kenaikan kadar inflasi sekiranya perbelanjaan boros masih berleluasa? Harus diingatkan, semasa kenaikan harga petrol tempatan sehinggan RM1.92 se liter, harga ninyak mentah ketika adalah dibawah USD80.00 setong. Tidak perlu diperjelaskan kepada semua yang Malaysia adalah negara pengekspot/pengeluar minyak. Ianya tidak membawa sebarang kesan sehinggalah Barisan Nasional (BN) ditumbangkan pada PRU 12 ini. Sekiranya ini terjadi, NEGARA BERKEBAJIKAN akan menghiasi kehidupan seluruh rakyat Malaysia setanding dengan negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Britain, Jerman dan beberapa negara yang lain.

Katakan Tak Ndak

Tuesday, February 12, 2008

Parlimen Telah Dibubar dan Kita Ditipu Lagi

Yes! Parlimen dah dibubarkan, tapi kita tetap ditipu lagi. Manakan tidak, selang hanya sehari saja dari apa yang diungkapkan dengan penafian yang besangatan (rujuk kepada blog versi Inggeris, tup-tup Parlimen telah dibubarkan.

Ini lah Pak Lah, seseorang yang pengecut dan penakut selalu berselindung disebalik mukanya yang "bersahaja", tanpa rasa segan dan rasa bersalah kepada sesiapa pun, hatta kepada Allah s.w.t. Maka tidak hairanlah pada Piliharaya Ke 12 ini, sebilangan besar rakyat akan ditipu "hidup-hidup" demi mempertahankan kebejatan apa yang telah dilakukan oleh Pak Lah dan barisan kepimpinan yang disusunnya.

Mungkin selepas daripada pembubaran Parlimen ini sehingga menjelang penamaan calon dan juga yang terakhirnya dengan tarikh pembuangan undi, Pak Lah masih tetap mempunyai bermacam-macam keputusan peribadinya yang akan di"hadiahkan" kepada rakyat, yang juga sebahagian dari kempen busuk pilihanraya Ke 12 ini.


Sejajar dengan slogan ini, kita sebagai parti yang berstatus pembangkang sehingga semalam, tetap tidak perlu merasa gusar, kerana, tektik-taktik tersebut sudah sebati dengan jiwa dan sanubari sebagai pejuang.

Tolak Pak Lah dan Tolak BN "Tak Ndak BN"

Sunday, February 10, 2008

FIKIR SEBELUM PANGKAH, FIKIRLAH UNTUK PERUBAHAN

1. Sebagai pengundi anda perlu fikir sebaik mungkin sebelum memangkah kerana anda juga mengundi untuk masa depan negara ini dan masa depan anak-anak anda. Aspek pertama yang anda perlu fikirkan adalah prestasi BN yang telah memerintah antara PRU 11 hingga ke PRU 12. Dalam tempoh satu penggal dibawah pemerintahan PM Abdullah Ahmad Badawi, apakah yang BN hadiahkan kepada rakyat? Adakah PM telah mungkir janji pada rakyat? Adakah Abdullah dan pemimpin-pemimpin parti BN telah berjaya memimpin negara dengan beramanah, adil dan bersih, dalam kefahaman yang mudah jadi contoh tauladan kepada rakyat. Bagaimana dengan Pelan Integrasi Nasional (PIN)?, adakah janji tinggal janji?.

2. Anda sebagai pengundi yang bijak perlu mengetahui apakah manifesto dan tawaran-tawaran parti-parti politik kepada rakyat sebelum memangkah. Adakah anda merasakan tawaran parti tertentu dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi majoriti rakyat ketika ini. Adakah anda yakin calon parti yang menang selepas PRU 12 ini akan menyuarakan kehendak rakyat ini, antaranya meringankan beban kos sara hidup rakyat berpunca dari kenaikan harga minyak dan kenaikan harga barangan. Adakah kenaikan kos sara hidup ini menghakis kemakmuran hidup rakyat dimana majoriti rakyat tidak lagi merasai kesenangan dan keselesaan hidup tetapi himpitan-himpitan yang timbul dari desakan-desakan keperluan hidup.

3. Anda jangan mudah terpedaya dengan projek dan ganjaran ketika hampir pilihanraya. Ianya lebih bermotifkan politik dan retorik bertujuan meredakan kemarahan rakyat terhadap BN. Projek sebegini adalah projek kempen pilihanraya bertujuan untuk memulihkan semula keyakinan rakyat mengundi calon mereka. Persoalannya mengapa wujudnya budaya projek-projek kecil ditangguhkan hingga PRU 12 atau tergesa-gesa dilaksanakan pada saat akhir sepertimana berlaku semasa PrK Ijok? Inikah caranya BN melayan masalah yang ditanggung rakyat seolah-olah rakyat perlu mengemis sehingga masuk kempen pilihanraya? Beginikah caranya kebajikan ala BN yang tidak prihatin malah tidak meletakkan keutamaan menyelesaikan masalah rakyat sebagai agenda utama sekadar tipudaya politik. Adakah anda melihat bahawa kebajikan ala BN bergantung kepada tahap reaksi rakyat terlebih dahulu iaitu sejauhmana isu atau sesuatu masalah itu menjejas kedudukan politik mereka.

4. Anda perlu mempersoalkan segala nikmat kurnia kekayaan sumber alam keatas negara ini. Adakah khazanah dan kekayaan hasil mahsul dari sumber alam ini diuruskan secara cekap dan berkesan sehinggalah nikmat itu dapat disalurkan kepada setiap rakyat diseluruh negara agar sama-sama menikmatinya tanpa mengira bangsa, atau ianya dibolot kroni parti politik tertentu. Perbuatan membolot ini telah menyempitkan nikmat kepada rakyat sehingga menyukarkan rakyat mengucapkan syukur keatas apa yang mereka dapat, bukan bersyukur diatas perbandingan dengan negara lain yang lebih daif.

5. Anda cubalah memahami bahawa situasi sekarang memerlukan rakyat sedar untuk membuat perubahan agar rakyat dapat keluar dari keadaan sekarang, atau terus berhadapan dengan tekanan hidup berpunca dari desakan-desakan keperluan. Adakah anda membiarkan nikmat kekayaan alam ini sebahagian besarnya dibolot atau dihadkan hanya berlegar dikalangan golongan kroni parti tertentu. Pembolotan kekayaan ini adalah faktor utama menyumbang perlebaran jurang antara golongan kaya dan miskin.

6. Anda perlu mengambilkira keadaan keselamatan rakyat yang semakin terancam. Adakah faktor keselamatan ini memberi petunjuk jelas bahawa situasi sekarang semakin tidak aman? Apakah ertinya selamat jika hati gelisah disebabkan kes-kes jenayah semakin meningkat di taman-taman dan kampung-kampung. Penjenayah terus bermaharajalela hingga terdapat kes melibat orang yang berprofail tinggi.

7. Anda wajar tahu bahawa prinsip demokrasi telah sewenang-wenang sahaja dicabuli dan hak-hak asasi rakyat dinafikan. BN sesukahati sahaja mengeluarkan peraturan, akta dan sebagainya yang mencabuli prinsip hidup berdemokrasi semata-mata pemimpin tidak mahu mendengar suara bantahan dan pandangan rakyat. Berbagai pihak telah dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa yang akhirnya menutup segala ruang untuk rakyat menyuarakan masalah dan ianya semakin mengheret negara ini kearah satu keadaan yang tidak stabil mengancam keamanan rakyat.

8. Anda juga perlu memikirkan masa depan pendidikan dan kesihatan anak dan keluarga dari aspek beban kos, kerana BN hendak berniaga dengan rakyat mencari keuntungan seperti pinjaman PTPTN, kos perubatan semakin mengangkasa. Adakah anda setuju dengan mengambilkira sumber alam yang kaya?

9. Andakah anda dapat merasai suatu keadaan yang tenat berlaku berpunca dari penyelewengan kuasa dan rasuah yang parah dan membarah?. Sebagai contoh, kes rasuah 'ikan besar' telah gagal diselesaikan, malah 'ikan bilis' menjadi fokus utama BPR?

10. Andakah anda mendapati tanggungjawab calon terhadap rakyat telah diabaikan sebelum ini. Jika diabaikan maka calon seperti ini wajar ditolak pada kali ini dalam pilihanraya umum ke 12 ini. 

FIKIR UNTUK PERUBAHAN, FIKIRKAN BA
SATU-SATUNYA PENYELESAIAN UNTUK ANDA