Bagi yang berkesempatan bolehlah membaca QURAN secara 'asli' dengan memegang dan membuka/membelek lembaran/helaian Quran secara yang lazimnya. Namum sebahagian besar, kita meungkin tidak berkesempatan untuk melakukan semua itu secara berterusan disebabkan faktor atau suasana kerja yang tidak membenarkan kita memiliki Quran secara 'fizikal'.
Oleh yang demikian, di zaman yang serba IT ini, kaedah ini telah dipermudahkan lagi dengan ujudnya 'e-Quran' menggunakan teknologi 'flash'. Anda samada boleh klik DI SINI atau membuat 'book mark' URL

Kewujudan Quran Flash ini amat menarik kerana ianya seolah-olah kita membelek helaian itu secara manual. Akan tetapi, itu bukanlah yang utamanya, namun sekurang-kurangnya ia mungkin membantu kita untukkedih terasa ingin melakukannya.
http://www.quranflash.com/en/quranflash.html - satu format mudah memiliki Al-Quran tanpa membelinya.

No comments:
Post a Comment