Wednesday, February 13, 2008

Harga Barangan Naik - Perkara Biasa?


Pilihan Raya Umum Ke-12, sudah diketahui umum dan pengumuman tarikh tersebut diharapkan tidaklah menjadi satu lagi gurauan, baik oleh Pak Lah dan juga Rashid (RA-****??!!). Bagi sebahagian besar rakyat Malaysia dua tarikh tersebut iaitu 24/2/2008 hari penamaan calon dan 8/3/2008 hari pembuangan undi merupakan satu tarikh yang amat dinanti-nantikan terutamanya di pehak Barisan Alternatif yang telah bersiap-sedia untuk "berperang".

Selepas ini akan bermulalah perang poster dan "banner" dari kedua-dua belah pihak. Yang jelasnya pihak Barisan Alterntif mempunyai mesej yang amat jelas untuk disampaikan kepada seluruh lapisan masyarakat walaupun mempunyai laluan media yang amat sempit. Pendekatan yang amat mudah difahami dan dihadamkan pada jiwa setiap rakyat. Menifesto PAS "NEGARA BERKEBAJIKAN" sememangnya satu anugerah Allah s.w.t kepada seluruh rakyat Malaysia, malah menjadi satu kewajipan kepada para pengundi demi untuk melakukan suatu perubahan kehidupan yang amat berbeza dari apa yang dirasakan sekarang ini.

Disebabkan pelbagai masalah yang dialami dan kesan yang direasai oleh sebahagian besar oleh penduduk Malaysia ini, maka bahang pilihan raya kali ini semesti amat dirasai oleh Barisan Nasional, malah lebih-lebih lagi dibawah tampuk pemeritahan Dinasti Dollah Badawi. Pelbagai konflik masyarakat yang diwarisi hasil dari pemerintahan Barisan Nasional yang terdahulu telah berjaya dianauti oleh Dollah Badawi sepenuhnya, malah lebih daripada itu Dollah Badawi telah berjaya menaikkan pelbagai "Indeks Negetif" yang diwariskan kepadanya.

Pilihan Raya Umum ke 12 ini, apakah yang bakal disajikan oleh Barisan Nasional kepada rakyat? Tiada yang tidak melainkan PASTI, sekiranya pengundi-pengundi tidak bijak untuk mengambil peluang pada PRU ini, bukan sahaja kemelesetan ekonomi akan singgah dengan lajunya di Malaysia ini, malah yang paling ketara sekali ialah KESAN inflasi tersebut yang secara langsungnya menyebabkan keseluruhan harga barangan akan melonjak naik secara mendadak.

Di dalam konteks ini, tidak perlu diadakan teori ekonomi dan tidak juga perlu analisa pakar ekonomi untuk menyokong dan memperkasakan hujah mudah ini. Tidak perlu ada kajian menyeluruh untuk mengorek rahsia kenaikan "indeks-indeks negatif" ini, hanya cukup sekadar melihat secara percuma apa yang dipertontonkan saban hari oleh media perdana kepunyaan kelompok Barisan Nasional. Media-media "Hairan" inlah juga yang saban hari melaporkan kerakusan hampir kesemua pimpinan Barisan Nasional. Beratus projek-projek MEGA yang tidak masuk akal, dengan memaparkan kos perbelanjaan yang amat tidak masuk akal dan pelbagai lagi kebejatan BN, malah kadang-kadang tidak wujud sebarang projek pun seperti mana yang ditimbulkan atau digembargemburkan. Malahan boleh dikatakan sebarang bentuk projek yang di"maju'kan akan dengan secara 'rasmi'nya mengalir masuk memenuhi saku-saku tertentu. Dan inilah sebahagian besarnya mengapa kos sesuatu projek itu melampaui kewarasan pemikiran sebenar manusia normal di Malaysia ini.

Sebagai contoh, laporan ringkas ini memaparkan bertapa harga barangan keperluan naik dengan begitu mendadak. Apakah dengan harga minyak mentah yang kadang-kala mencecah paras USD100.00 setong (kekadang melebihi USD100.00 setong), mampu mengekang kenaikan kadar inflasi sekiranya perbelanjaan boros masih berleluasa? Harus diingatkan, semasa kenaikan harga petrol tempatan sehinggan RM1.92 se liter, harga ninyak mentah ketika adalah dibawah USD80.00 setong. Tidak perlu diperjelaskan kepada semua yang Malaysia adalah negara pengekspot/pengeluar minyak. Ianya tidak membawa sebarang kesan sehinggalah Barisan Nasional (BN) ditumbangkan pada PRU 12 ini. Sekiranya ini terjadi, NEGARA BERKEBAJIKAN akan menghiasi kehidupan seluruh rakyat Malaysia setanding dengan negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Britain, Jerman dan beberapa negara yang lain.

Katakan Tak Ndak

No comments: